Dalam Movimiento de Propaganda Antonio Luna

Beliau mula terlibat dalam "Movimiento de Propaganda ("pergerakan propaganda") bersama ekspatriat lain di Sepanyol menulis untuk akhbar La Solaridad. Apabila Antonio mendapat tahu mengenai rancangan menyertai suatu revolusi oleh persatuan-persatuan rahsia, beliau menolak tawaran tersebut berpendapat (sepertimana anak dagang Filipina ketika itu) bahawa reformasi sebagai jalan yang sesuai menuju kemerdekaan[4] yang bukan sahaja tidak mejejaskan harta mereka malah tidak memerlukan persediaan yang tinggi.[5] Namun, setelah berita kebocoran Katipunan tersebar pada Ogos 1896, adik-beradik tersebut telah ditangkap dan dihukum penjara di Kubu Santiago atas dakwaan "penglibatan" dalam revolusi.[4] Kenyataan beliau mengenai pendekatan revolusi ketika itu dipergunakan antara banyak kenyataan lainnya sebagai bahan bukti konon yang mendakwa serta menghukum mati José Rizal beberapa lama kemudian.

Juan dibebaskan berbulan-bulan kemudian selepas diampuni Ratu Mahkota Maria Christina tapi Antonio telah dibuang negeri ke Sepanyol pada tahun 1897, di mana beliau dipenjarakan di Cárcel Modelo de Madrid. Abangnya bertolak ke Sepanyol untuk menggunakan pengaruhnya mengantarai urusan Antonio pada bulan Ogos 1897. Kes adiknya digugurkan Mahkamah Agung Tentera, dan Antonio telah dibebaskan tidak lama selepas itu.[4][3]:14. Antonio giat mempelajari banyak taktik tentera sebaik sahaja dilepaskan daripada Gérard Leman, seorang jeneral tentera dari Belgium.